UMAMA MALAYSIA HQ: KALAU TIBA2 'BLACKOUT', LAKUKAN 5 TIP SELAMATKAN STOK SUSU IBU SEBELUM CAIR
SELAMAT DATANG KE UMAMA MALAYSIA.. Dapatkan UMAMA Plus & UMAMA Premium Gold Sekarang!!! Hubungi/Whatsup 011-10823458 @ 011-22241448 Untuk HARGA PROMOSI..

Tuesday, 28 February 2017

KALAU TIBA2 'BLACKOUT', LAKUKAN 5 TIP SELAMATKAN STOK SUSU IBU SEBELUM CAIR


Bagi ibu menyusu, selain keperluan mengepam susu untuk stok anak, kemudahan menyimpan susu ibu perahan (EBM) juga sangat penting. Peti ais atau deep freezer adalah sahabat karib yang mesti ada di rumah ibu-ibu menyusu anak.
.
Kalau tiba-tiba tiada bekalan elektrik atau 'blackout' tanpa notis, ia memang masalah utama yang sangat menakutkan ibu-ibu menyusu.
.
Secara spontan ibu akan terbayang semua stok EBM mesti akan mencair. "Oh, habislah stok susu aku
dalam freezer!" Rasa nak menangis pun ada.
.
Apa nak buat untuk selamatkan berpuluh-puluh botol stok susu dalam freezer? Ini cara yang patut anda segera lakukan.
.
1. Jangan cepat panik kerana risau akan kehilangan puluhan botol EBM beku dalam peti sejuk atau deep freezer. Tarik nafas dan bertenang!
2. Elakkan daripada kerap membuka pintu freezer, EBM akan tahan beku selama dua jam sekiranya anda tidak membukanya.
3. Letakkan pek ais beku atau ais batu di celah-celah botol EBM (yang memang sudah beku). Susun rapat-rapat dan padat-padat supaya susu akan tahan beku sehingga bekalan letrik ada semula.
4. Pindahkan EBM ke dalam 'cooler box' atau sekurang-kurangnya kotak ikan polisterin sebagai tempat penyimpanan EBM kecemasan. Penuhkan ruang kotak dengan ais batu atau pek ais beku dan taburkan garam pada keseluruhan botol untuk membantunya kekal sejuk dan beku.
5. Bila bekalan letrik masih belum ada, segera hubungi sahabat atau saudara terdekat anda untuk menumpang menyimpan stok SIP beku anda. Pastikan bawa stok susu anda di dalam 'cooler box' atau 'cooler bag' yang tahan lama sepanjang perjalanan tersebut.
.
Sekiranya masih terdapat seakan-akan butir kristal pada EBM, bermakna ia masih boleh dibekukan semula. Sekiranya tidak, stok EBM tersebut perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam. Anda tidak boleh membekukan semula seperti biasa!
.
Janganlah bersedih kalau anda tidak dapat menyelamatkan EBM ketika berlaku 'blackout'. Percayalah mesti ada rezeki lain yang Allah akan bagi untuk bayi anda.


No comments:

Post a Comment