UMAMA MALAYSIA HQ: 6 Tanda Kehamilan Yang Jelas & Pasti Ibu Hamil Perlu Tahu!!
SELAMAT DATANG KE UMAMA MALAYSIA.. Dapatkan UMAMA Plus & UMAMA Premium Gold Sekarang!!! Hubungi/Whatsup 011-10823458 @ 011-22241448 Untuk HARGA PROMOSI..

Sunday, 12 March 2017

6 Tanda Kehamilan Yang Jelas & Pasti Ibu Hamil Perlu Tahu!!


Apakah antara tanda-tanda kehamilan? Bagi yang baru berkahwin,tentu sekali tidak biasa tentang tanda-tanda mengandung terutama yang kahwin awal, maka akan hamil muda. Apabila tidak sedap badan, ramai berasakan tidak sihat dan terus ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. Biasanya, doktor akan memberi berita gembira yang tidak disangka-sangka iaitu ‘Anda Hamil!!’
.
Berbanding yang sudah pernah mengandung, tanda-tanda ini cukup jelas dan sudah difahami. Ada yang sudah beberapa minggu , malah ada yang sudah beberapa bulan telah hamil tetapi masih tidak menyedari bahawa diri sudah hamil. Apa-apapun, tidak kisah samada anda bakal dapat bayi kembar, anak lelaki atau perempuan, yang penting, sihat walafiat…
.
Mari kita lihat apa tanda-tanda hamil yang bakal ibu perlu tahu:



        1.Tidak datang bulan @ Haid
Amat mudah mengenali bahawa diri hamil jika yang mempunyai kitaran haid yang teratur di mana jika haid tidak datang beberapa hari atau lewat beberapa hari, lebih baik anda buat test hamil sendiri dengan menggunakan UPT. Tak perlu tunggu lama-lama. UPT ini akan mengukur tahap hormon hCG dalam air kencing. Namun bagi yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, ia amat sukar di agak. Walaubagaimanapun, usah terlalu berharap dengan tanda awal kehamilan. Berjumpalah dengan doktor untuk lebih kepastian.

     2. Rasa Mual @ ‘morning sickness’
Kalau mengalami morning sickness dan muntah-muntah, ia juga petanda baik. Perlu diingat, bila sudah mula muntah-muntah, badan akan terhidrat dan kurang air. Jumpa doktor untuk kepastian agar bdn berada pada tahap optimal. Suami khasnya perlu beri sokongan moral kepada isteri yang sedang alami simptom ini. Rajin-rajinla si suami mengurut belakang isteri jika isteri sedang muntah-muntah. Tentu isteri berasa lega.

        3.Payudara tegang dan sensitif apabila di pegang
Anda akan rasa tiba-tiba payudara anda mengeras dan membengkak. Cepat je terasa sakit apabila tersentuh atau terlanggar sesuatu walaupun sedikit. Ia dipanggil ‘ tender breast @ swollen breast. Ibu hamil perlulah mencari bra yang sesuai dengan keadaan payudara yang besar dan berisi untuk memberi keselesaan kepada ibu hamil. Walaupun tanda ini bukan la tanda yang paling jelas anda hamil, ia masih juga satu petunjuk yang anda sebenarnya sedang hamil.

       4.  Sakit kepala
Ia berlaku akibat perubahan hormon dalam badan. Gangguan pening dan sakit kepala yang sering dirasakan oleh ibu hamil sebenarnya berlaku atas faktor fizikal yang dialami seperti rasa lelah, mual, lapar dan tekanan darah rendah. Emosi yang tidak stabil pula adalah disebabkan keadaan tekanan hidup. Ibu hamil perlu mengelakkan mengambil ubat-ubat tanpa kebenaran daripada doktor jika berlakunya sakit kepala.

        5. Rasa penat daripada biasa
Ibu hamil akan merasa perasaan bermalas-malasan yang ketara semasa tempoh ini. Anda akan berasa ingin baring dan berehat sepanjang masa disebabkan badan yang cepat penat. Sebenarnya ibu sedang menyesuaikan dengan perubahan yang berlaku terhadap tubuh badan ibu disamping perubahan hormon yang boleh mengganggu aktiviti harian ibu. Peningkatan hormon progestron juga sering dikaitkan dengan rasa penat dan lelah. Penurunan kadar gula dalam darah dan tekanan darah rendah juga menyumbang juga kepada rasa penat ini.
Pada saat ini, si suami perlu memahami perubahan yang berlaku ke atas isteri semasa hamil. Jangan pula dikatakan isteri hanya mengada-ngada pula..

      6. Perubahan ‘mood’ yang ketara
Wanita hamil mempunyai perubahan mood yang berubah-ubah. Suami kena banyak bersabar semasa isteri dalam keadaan mood ini. Perubahan mood ini boleh sekejap gembira , sekejap mood sedih. Silap-silap si suami pula kena marah tanpa sebab. Usah bimbang kerana ini adalah perkara normal yang berlaku kepada ibu hami dan ia bersifat sementara. Isteri anda sedang cuba menyesuaikan diri dengan perubahan hormon baru dalam badan.

Antara tanda-tanda lain seseorang itu hamil adalah:
  • Haid sahih lewat sebab saya ni haid tetap -sue
  • Badan asyik berangin sahaja -ibualya
  • Selalu rasa seram-seram sejuk, tidak boleh langsung kena air sejuk- hani
  • Demam-demam, batuk-batuk dan selsema. Badan memang penat dan lemah sahaja- ayu
  • Lidah rasa pahit dan tiada selera makan- najihah
  • Kerap buang air- halida
  • Rasa malas sangat-sangat -fiza
  • Sakit pinggang yang amat. Serba tak kena. Perut sakit sangat, kejang- cikzura
  • Saya tidak boleh makan nasi, jika makan, saya muntah- hema
  • Saya dan suami demam serentak. Tekak rasa tidak selesa- Mrs AH
  • Selera makan yang melampau- shazie
  • Rasa sakit berdenyut pada rahim. Mula rasa sakit yang sepatutnya jadi hari kedua haid –lovelyrose
  • Ada brown spotting (implantation bleeding)- yana
  • Seminggu sebelum period, saya sudah rasa perut tegang, payudara sakit dibahagian puting dan berdenyut-denyut disekitarnya- khailyn
  • Badan rasa panas- ladyamal
  • Banyak air liur, sering berludah- kirana
  • Kulit berminyak dan berjerawat. Saya jadi sangat sensitif tidak bertempat- krsty
  • Tidak boley tengok skrin laptop lama-lama, pening kepala dan rasa hendak muntah- iman
  • Banyak keputihan yang keluar, kemudian rasa pening macam hendak pitam- reese
  • Suami demam teruk. Sampai kawan-kawan suami cakap, isteri mengandung agaknya. Dua tiga hari saya sakit bahagian pinggang rasa cekang semacam- hidayah
  • Degup nadi di perut semakin ketara- lolypop
  • Suami akan ada selera tinggi, senang lapar, sampai saya terpaksa layan dia makan-hana
  • Tidak suka bau goreng-goreng- jenny
  • Instinct yang sangat kuat rasa diri memang mengandung. Memang yakin sahaja walaupun belum due haid sampai beritahu suami kata dah ada isi- chamomile
  • Keluar keputihan pekat macam susu, kulit bersih tanpa jerawat- rara


Adakah tanda-tanda ini akan kekal atau hilang?? Ia bergantung juga kepada seseorang. Tapi kebiasaanya tanda-tanda ini akan hilang bila usia kandungan telah masuk trimester ke2. Pastikan ibu hamil menjaga pemakanan harian anda mengikut yang telah digariskan oleh pakar pemakanan ibu hamil dan islam.

Kalu confirm hamil, apa yang perlu anda buat??

Mestilah menjaga kesihatan yang baik demi bayi yang membesar dengan sihat didalam perut. Dapatkan nutrisi yang cukup semasa hamil daripada suplimen lengkap seperti UMAMA Plus.

Selamat menempuhi alam hamil dan keibuan yang cukup menyeronokkan!!


No comments:

Post a Comment