UMAMA MALAYSIA HQ: Diabetes Semasa Hamil: Risiko Kepada Ibu dan Bayi Yang Perlu Ibu Tahu…
SELAMAT DATANG KE UMAMA MALAYSIA.. Dapatkan UMAMA Plus & UMAMA Premium Gold Sekarang!!! Hubungi/Whatsup 011-10823458 @ 011-22241448 Untuk HARGA PROMOSI..

Sunday, 16 April 2017

Diabetes Semasa Hamil: Risiko Kepada Ibu dan Bayi Yang Perlu Ibu Tahu…


Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai Gestational diabetes mellitus, (GDM) dimana paras gula meningkat dan berlebihan dalam darah. Ini berlaku di kalangan ibu yang tidak mempunyai kencing manis sebelum hamil.
.
GDM biasanya boleh dikesan antara minggu ke-28 dan minggu ke-34 kehamilan bayi, dan biasanya akan hilang selepas bayi dilahirkan. Oleh itu,kencing manis semasa hamil adalah bersifat sementara. Kencing manis semasa hamil menjejaskan kira-kira 4% di kalangan ibu hamil.


Kebanyakan ibu hamil mempunyai uri yang boleh menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika insulin yang dihasilkan tidak mencukupi, paras gula akan meningkat dalam darah. Biasanya GDM akan hilang selepas bayi dilahirkan.

Bagaimana kencing manis semasa hamil (GDM) boleh menjejaskan bayi anda?

  • Berat bayi melebihi 4kg (macrosomia) dan menyebabkan kesukaran semasa bersalin.
  • Gula darah bayi adalah terlalu rendah (hypoglycemia) dan tahap mineral yang rendah.
  • Sakit kuning (jaundice)
  • Bayi sukar bernafas
  • Kemungkinan bayi mati dalam kandungan.
  • Kemungkinan bayi cacat.
  • Air ketuban berlebihan (polyhydramnions)

Siapakah yang berisiko untuk GDM?

  1. mempunyai keluarga yang mempunyai GDM.
  2. mempunyai penyakit darah tinggi.
  3. lebih berusia 35 atau lebih tua.
  4. mempunyai berat badan berlebihan.
  5. pernah mengalami kencing manis semasa kandungan terdahulu.
  6. pernah melahirkan bayi 4kg ke atas.
  7. tidak aktif secara fizikal.
  8. mengamalkan makanan berkanji secara berlebihan dan makanan lemak bertepu.

Bagaimana GDM boleh dikesan?

  • GDM boleh dikesan melalui pemeriksaan darah melalui minum air gula. Pemeriksaan ini digelar OGTT ( Oral Glucose Tolerance Test) dan dilakukan selepas berpuasa semalam.
  • Keputusan ujian Tolerense Glukosa Secara Oral (mmol/L)
  • Puasa < 6.0
  • 1 jam selepas mengambil glukosa < 8.0
  • 2 jam selepas mengambil glukosa < 7.0

Bagaimana GDM dirawat?

  • Diet yang khusus, amalkan pemakanan mengikut pyramid makanan yang disyorkan oleh doktor anda.
  • Kurangan makanan berkanji ataupun makanan yang mengandungi gula yang tinggi.
  • Sentiasa memeriksa paras gula dalam darah secara harian
  • Ubatan dan Suntikan insulin
  • Selalu bersenam

Apakah kesan kencing manis ketika Hamil?

Kebanyakan ibu yang menghidapi Diabetes ketika mengandung ini tidak mempunyai masalah sepanjang proses kehamilan dan rata-rata melahirkan bayi yang sihat dan comel, tetapi terdapat segelintir kes Diabetes ini membawa masalah yang serius pada ibu dan juga bayi, lebih-lebih lagi jika Diabetis tidak dikesan awal dan dirawat dengan optimum. Kebolehan untuk mengesan awal Diabetes ketika mengandung dan mengawal atur paras gula dengan optimum dapat mengurangkan banyak risiko serta komplikasi yang berkaitan.


Amatlah penting ibu-ibu sekalian memastikan paras glukosa di dalam darah terkawal. Jika paras gula di dalam darah ibu kekal tinggi dan tidak terkawal, bayi akan memberikan respon kepada paras gula yang tinggi ini dengan menghasilkan lebih banyak insulin, di mana bayi anda akan membesar secara berlebihan di dalam rahim, seterusnya anda akan diminta untuk bersalin lebih awal daripada tarikh dijangka bersalin (induction), juga terdapat risiko berakhir dengan pembedahan caesaerean akibat daripada bayi besar ataupun kegagalan proses induksi (induction). Jika anda bersalin biasa pula, risiko bahu bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku.



Risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak dikawal.

Bayi anda yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah pula selepas kelahiran. Maka, bayi anda perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan bila ianya meningkat dewasa kelak.
Maka, ibu-ibu perlu mengawal paras gula di dalam darah dalam proses kehamilan dan proses kelahiran untuk mengurangkan risiko dan komplikasi pada ibu dan juga bayi anda.



No comments:

Post a Comment