UMAMA MALAYSIA HQ: Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean
SELAMAT DATANG KE UMAMA MALAYSIA.. Dapatkan UMAMA Plus & UMAMA Premium Gold Sekarang!!! Hubungi/Whatsup 011-10823458 @ 011-22241448 Untuk HARGA PROMOSI..

Saturday, 6 May 2017

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean


























Sayangku Muhammad Umar Dhiaurrahman. Baby dah usia setahun sekarang walaupun mama lambat wish. Saya nak cerita pengalaman yang boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu yang bersalin secara caeser. Bila ingat balik, rasa nak menangis dan rasa besarnya kekuasaan Allah swt menyelamatkan nyawa saya.
.
Umar lahir secara caeser. Bukan saya tak pernah bersalin caeser, dah tiga kali saya bersalin secara caeser. Kakak Batrisyia bersalin caeser sebab jalan lambat terbuka. Kak Ardini bersalin normal tak cukup bulan, adik bambam pun caeser juga. Doktor paksa sebab besar sangat, 4.3 kilogram. Baby Umar kena paksa juga sebab dah dua kali caeser.
.
Pernah tak ibu-ibu di luar sana merasa sakit semasa doktor sedang membuat pembedahan? Kenapa saya berkata begitu? Kerana saya mengalami situasi tersebut.

Saya masuk dalam dewan bedah jam 4 petang. Selepas salam dan minta maaf pada suami serta call mak ayah di kampung, saat masuk bilik bedah, rasa macam dunia ini kecil saja. 
.
"Adakah selepas ini aku masih hidup untuk melihat anak-anakku membesar?" soalan tersebut terlintas di minta. 
.
"Jangan menangis, nanti emosi puan terganggu. Inggat Allah swt sahaja. Sekejap lagi baby nak keluar. Semoga dia dipermudahkan," kata jururawat sambil mengelap air mata saya. 
.
Selepas dibius, dalam jam 5 petang, pembedahan bermula. Doktor pakar maklumkan yang dia akan bedah di tempat yang sama dengan pembedahan sebelum ini. Jururawat bagi minum ubat, selepas minum saya terus muntah sebab angin. Nak menjalani pembedahan, kita kena berpuasa. Saya berpuas sejak dari malam lagi.
.
Doktor pakar mulakan pembedahan, saya dapat merasakan bau hangit pisau sedang membelah perut. Zikir dan bacaan ayat suci Al-Quran bermain di bibir. Semasa pembedahan sedang berlangsung, doktor pakar tiba-tiba berhenti seketika. 
.
"Puan tunggu sekejap ye. Saya tak dapat teruskan pembedahan di tempat yang melekat di antara dinding rahim dengan usus. Sukar untuk saya teruskan," jelasnya. 
.
Dalam hati saya hanya berdoa. 
.
"Selamatkan anakku walaupun nyawa aku tidak panjang ya Allah. Anak ini hadiah keempat untuk suami tersayang." 
.
Doktor pakar kemudian mengarahkan jururawat menghubungi doktor pakar yang lebih senior daripadanya. Masa itu, saya rasa sudah setengah jam berlalu. Selepas 10 minit kemudian doktor pakar yang dinanti-nantikan itu pun tiba. dengan kelam kabut. Kasihan saya tengok dia berlari untuk menyelamatkan pesakit. Kalau dia tengah makan, mesti dia tinggalkan makanan dia dan berlari untuk selamatkan saya. 
.
Dia datang dengan senyuman. 
.
"Sabar ya puan," doktor pakar berbisik di telinga saya. 
.
Saya berzikir banyak-banyak dan sentiasa ingat Allah swt. Dia mulakan dengan bismillah. Bila sudah sejam lebih usaha untuk mengeluarkan baby, tiba-tiba saya rasa sakit sangat. Doktor menekan-nekan perut saya untuk mengeluarkan baby. Saya cuba sedaya upaya bersabar dan menanggung kesakitan apabila pembedahan sedang berlangsung.
.
Ya Allah, ya Allah. Saya sudah tidak boleh menahan sakit, saya menjerit minta tolong.
.
"Tolong doktor! Tolong, saya rasa sakit sangat pembedahan kali ini. Saya merayu doktor tambah ubat bius. Saya dapat rasa sakit, tak tahu nak cakap pedihnya," kata saya. 
.
Doktor pakar bius datang dekat pada saya dan menjelaskan bahawa permintaan saya tidak dapat diberikan. 
.
"Bahaya puan kalau tambah ubat bius, puan sakit sangat ke?" tanya pakar bius berkenaan. 
.
"Ya doktor, tolonglah doktor, saya tak boleh tahan dah doktor, sakit sangat ni," rayu saya dan menangis pada masa itu.
.
Pakar bius itu kemudian beri gunakan oksigen. Dia masukkan ubat pelali. Tiba-tiba saya rasa tak sedar diri dan hanyut. Ayat terakhir saya sebut, Ya Allah.. Ya Allah.. 
.
Saya rasa saya tidur tetapi saya rasa sakit semasa tidur. Tapi saya tak boleh buka mata. Bila saya sedar, saya tengok jururawat tengah mengangkat bayi dan bawa keluar untuk dimandikan. Waktu itu jam 8 malam. Saya mengucap syukur kepada Allah swt kerana masih hidup untuk melihat anak-anak membesar. Ya Allah, lamanya proses nak keluarkan baby kali ini. Hampir tiga jam lebih. Biasanya caeser ini hanya mengambil masa di bawah satu jam sahaja. 
.
"Puan ada makan pati haruan atau ikan haruan semasa berpantang anak yang lepas?" soal doktor.
.
"Ya, saya makan selama dua minggu pertama," jawab saya.

"Puan mengalami adhesion colic iaitu di mana usus-usus melekat-lekat akibat dari pemakanan yang lalu. Nak ambil boleh tetapi selepas sebulan dengan kuantiti yang sederhana. Pati haruan memang tidak digalakkan kerana kepekatannya untuk caeser kerana boleh menyebabkan adhesion colic yang puan alami tadi," jelas doktor. 
...
...

Dari kisah ini, istilah Adhesion Colic digunakan untuk gambarkan keadaan yang boleh berlaku pada ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean. Selain itu punca terjadinya Adhesion Colic ini juga disebabkan oleh amalan minum pati haruan / gamat. Statistik hasil kajian perubatan ada membuktikan bahawa wanita yang bersalin secara caesarean ni paling berisiko tinggi untuk dapat 'adhesion colic' jika mengamalkan pati haruan atau gamat. 'Adhesion colic' ialah keadaan dimana usus-usus melekat antara satu sama lain akibat daripada pembedahan. Tidak terkecuali bahagian rahim yang melekat dengan organ-organ dalaman. Rahim (uterus) wanita yang mengandung, lalu bersalin (caesarean) lazimnya mengembang membawa kandungan bayi. Selepas bersalin, pastinya rahim itu akan melalui proses penguncupan ke saiz asal dalam tempoh masa semulajadinya sendiri. Dalam proses penguncupan itulah, ramai wanita mengambil pati haruan/gamat di mana yang terlalu awal melangkaui healing proess pada luka akibat dibedah kerana ingin sembuh dalam masa singkat. Banyak terjadi kes-kes admitted ward adalah di kalangan mereka yang asalnya dulu pernah czer tapi ada masalah lain pula untuk di bedah semula seperti dinding rahim dan isi perut melekat antara satu sama lain. Yang paling sedih bila rahim terpaksa dibuang pada usia yang baru 30 tahun sebab rahim rosak teruk. Rosak teruk tu bermaksud organ dalam badan melekat-lekat antara isi dan dinding sampai bersilang-silang. Ada juga yang masih boleh mengandung walaupun dalam keadaan rahim melekat-lekat, tetapi menghadapi komplikasi lain apabila kandungan makin membesar kerana rahim telah hilang sifat elastiknya. Setelah disoal rata-rata mereka mengamalkan minum pati haruan/gamat.  
Jadi, Pengambilan ikan haruan/ gamat selepas pembedahan perlu dielakkan untuk mengelakkan berlakunya kesan-kesan negative di hari mendatang..Wallahualam..
.

Sumber asal - Puan Nor Farra Farihan

No comments:

Post a Comment