UMAMA MALAYSIA HQ: Hikmah Berfikiran Positif Bagi Ibu Menyusu
SELAMAT DATANG KE UMAMA MALAYSIA.. Dapatkan UMAMA Plus & UMAMA Premium Gold Sekarang!!! Hubungi/Whatsup 011-10823458 @ 011-22241448 Untuk HARGA PROMOSI..

Wednesday, 31 May 2017

Hikmah Berfikiran Positif Bagi Ibu Menyusu


Eyqa sering mendapat pertanyaan daripada ibu-ibu berkaitan dengan pengeluaran susu badan ibu yang semakin menurun. Banyak ibu-ibu menyatakan telah melakukan pelbagai cara untuk memastikan susu ibu dapat dihasilkan dengan banyaknya demi si manja termasuk menjaga aturan masa pengosongan payudara dengan memerah setiap 3 jam sekali sehinggalah bab penjagaan makanan untuk ibu-ibu menyusu serta sentiasa memastikan pemikiran positif demi menjaga kelancaran penghasilan hormon oksitosin.

Hormon oksitosin (juga dikenali sebagai hormon cinta atau kasih sayang atau kepercayaan dan sebagainya) adalah hormon di mana ia dimilki oleh tubuh badan manusia untuk penghasilan susu badan ibu yang telah dihasilkan melalui kelenjar-kelenjar susu. Hormon ini sangat dipengaruhi oleh emosi positif seseorang.

Ini adalah antara contoh pertanyaan ibu2 menyusu :
“ Salam sis Eyqa, maaf mengganggu. Saya nak tanya sis ckit lah. Anak saya berat badan tak naik ikut yang buku rekod kesihatan da nyatakan. Risau saya. Nurse pun asik membebel je dekat saya sambil kata yang saya malas nak susukan baby saya. Doktor pula menyarankan
saya untuk memberikan susu tepung kepada anak saya untuk memastikan berat badannya bertambah dan normal ikut perkembangan berat bayi. Tapi persoalannya, saya masih mahu menyusukan anak saya tanpa perlu dicampur dengan susu formula. Anak saya memang aktif macam bayi biasa. Dah macam2 tips yang saya amalkan untuk memastikan susu badan saya banyak sebab saya dapati susu badan saya semakin hari semakin berkurangan, Ada tak cara terbaik untuk saya pastikan impian saya untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun tercapai?
.
Dalam permasalah sis di atas, kita perlu melihat masalah utamanya adalah "susu badan yang semakin berkurangan" (tulisan yang telah dihitamkan) iaitu penghasilan susu badan yang semakin berkurang.
.
Kita juga seringkali lupa bahawa seluruh tubuh badan termasuklah susu badan ibu ini yang dihasilkan oleh payudara ibu itu, pemiliknya adalah  Allah S.W.T. dan untuk memastikan dan membuktikan penghambaan kepada-Nya, kita perlu meyakini bahwa setiap yang dicipta oleh Allah bukanlah yang sia-sia dan adalah paling sempurna.
.
Dan dimana Allah S.W.T telah  berfirman dalam  Surah Ali Imran : ayat 191“..Tiadalah yang Kami ciptakan itu sia – sia..”
.
Kita perlu meyakini bahawa Susu Ibu adalah makanan paling sempurna yang telah Allah ciptakan untuk anak-anak manusia yang lahir ke dunia. Allah telah mempersiapkan untuk hamba-hamba-Nya yang bakal lahir ke dunia dengan Susu Ibu yang paling lengkap dan sesuai untuk anak-anak yang baru lahir.
.
Ok.Kembali kepada persoalan yang telah ditanyakan kepada Eyqa tadi tentang pertambahan berat bayinya yang tidak normal. Eyqa akan terangkannya berdasarkan perumpaan ringkasan kajian dibawah.
.
Pernah tak ibu-ibu dengar nama Dr. Masaru Emoto? Atau membaca buku ilmiahnya yang diterjemahkan kedalam pelbagai bahasa dengan tajuk bukunya “The True Power of Water. Hikmah Air Dalam Olahan Jiwa”?
.
Buku tersebut menerangkan tentang hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Masaru Emoto daripada Universiti Yokohama berkaitan dengan air. Kajian yang dilakukan ini adalah selama 2 bulan bersama-sama sahabatnya Kazuya Ishibashi. Beliau telah mengambil gambar Kristal air yang telah dibekukan pada suhu -25  0 dengan menggunakan mikroskop elektron serta kamera berkelajuan tinggi di makmal agar dapat memberikan gambaran indah tentang molekul Kristal air heksagonal.
Dalam kajian tersebut, beliau juga  mengkaji kesan dari segi penggunaan kata-kata, gambar serta suara terhadap molekul air. Ternyata air akan memberikan bentuk Kristal heksagonal paling indah jika diberikan dengan kata-kata ‘cinta, kasih sayang dan terima kasih’. Jika molekul air diberikan kata-kata buruk atau negatif, molekul air akan menunjukkan gambaran molekul yang kacau dan tidak indah. Bahkan semasa muzik Symphony Mozart diputarkan, molekul kristal muncul berbentuk bunga, tetapi apabila muzik berat seperti heavy metal diperdengarkan, bentuk molekul air itu akan hancur.

 Dr. Masaru Emoto juga telah menghantar pesanan 500 orang dengan kata-kata ‘peace’ di depan sebotol air, molekul kristal air tadi akan mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Ujian juga dilakukan dengan dibacakan ayat-ayat al-quran dan hasilnya adalah Kristal enam segi dengan daun lima cabang yang berkilauan dihasilkan. Subhanallah!!


Subhanallah, air juga boleh mendengar kata-kata, boleh membaca tulisan dan boleh juga mengerti pesanan yang telah diberikan kepadanya. Menurut Dr. Masaru Emoto, air boleh bersifat merakam pesanan seperti pita magnetik atau compact disk dan semakin banyak kesan pemberi pesan, semakin dalam pesan yang akan tercetak di dalam air.
.
Bagi kaum muslimin, perumpaan molekul air ini kita boleh samakan dengan air zamzam. Rasulullah saw. bersabda, “Zamzam lima syuriba lahu”, “Air zamzam akan melaksanakan pesanan doa dan niat yang meminumnya”. Barangsiapa minum supaya kenyang, dia akan kenyang. Barangsiapa minum untuk menyembuhkan sakit, dia akan sembuh." Patutlah air zamzam begitu berkhasiat karana dia menyimpan pesanan doa jutaan umat manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s.!!
.
Melalui surah Al Anbiya:ayat 30, Allah berfirman maksudnya “….. Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup…..”

.

Dr. Masaru Emoto di dalam bukunya telah menceritakan di mana manusia adalah air. Dalam proses pembentukan manusia itu sendiri, sel telur yang dihasilkan daripada sperma, 96% adalah air. Setelah manusia lahir ke dunia, 80% kandungan tubuh seorang bayi adalah air. Semakin kita membesar, peratusan air akan semakin berkurangan kepada tahap optimum 70% setelah kita dewasa.
.
Malah tubuh badan manusia itu sendiri sememangnya terdiri daripada  75% air, otak 74.5% air, darah 82% adalah air, tulang yang keras pun mengandungi 22% air!! Susu Ibu juga pun adalah air (sambil membayangkan susu ibu di ‘botol’kan  dalam badan seorang ibu)

.
Apabila kita menghayati setiap perintah  melalui ayat al-quran yang terkait dengan perintah daripada Allah untuk menyusukan bayi, maka sesungguhnya setiap ibu ataupun bakal2 ibu,  perlu menyusukan bayi2 mereka setelah ia lahir ke dunia. Perlu dijauhkan kata-kata negatif seperti "susu saya tiada"serta "saya memang tak boleh mnyusukan bayi saya" kerana  kata-kata ini akan meresap kedalam susu ibu dan lama kelamaan akan memberikan kesan susu berkurang , malah mungkin akan kering  terus.

.
Ibu-ibu sangat perlu grup sokongan ibu-ibu menyusu untuk menyokong emosi ibu semasa menyusukan bayi anda tanpa putus asa. Hikmah daripada sokongan positif dari grup ibu menyusu ini adalah ia akan membantu menjaga emosi pasrah, ikhlas dan yakin bahawa susu ibu sememangnya sudah amat mencukupi untuk bayi anda. Ibu perlu mempelajari teknik penyusuan (posisi menyusukan bayi) yang tepat serta memastikan bahawa tiada kelainan secara anatomi yang baik kepada ibu/bayi, maka ibu2 hendaklah bersabar semasa menyusukan bayi. Susukanlah bayi anda dengan tenang dan positif di mana sahaja dan selama mana bayi anda perlukannya.

.
Ibu perlu yakin bahawa Allah S.W.T tidak mungkin menzalimi setiap hamba-Nya yang baru dilahirkan ke dunia. Sebenarnya, kitalah yang menzalimi diri dan anak kita sendiri dengan sifat putus asa kita daripada menyusukan bayi.

.
Semoga artikel ini bermanfaat bagi semua ibubapa yang sedang menanti buah hati atau bahkan sedang berjuang memberikan susu ibu  kerana susu ibulah satu-satunya makanan terbaik untuk bayi anda.


Human Milk is For Human Babies”


“Breastfeeding is Normal, not The Best”



oleh Nur ' Atika Koma'rudin

No comments:

Post a Comment