UMAMA MALAYSIA HQ: Janin Berhenti Bergerak? Lakukan 6 Langkah Ini!
SELAMAT DATANG KE UMAMA MALAYSIA.. Dapatkan UMAMA Plus & UMAMA Premium Gold Sekarang!!! Hubungi/Whatsup 011-10823458 @ 011-22241448 Untuk HARGA PROMOSI..

Monday, 17 July 2017

Janin Berhenti Bergerak? Lakukan 6 Langkah Ini!



.
Pergerakan janin menjadi tanda bahawa Si Kecil membesar dengan normal selama berada di dalam kandungan. Namun, jangan panik dulu jika Ibu mendapati janin yang tiba-tiba berhenti bergerak. Cuba lakukan langkah berikut untuk memancingnya bergerak semula!Umumnya, ibu hamil telah merasakan pergerakan janin kira-kira pada usia kehamilan sekitar 18 hingga 25 minggu. Pergerakan akan terus terjadi hingga waktu bersalin hampir tiba.
.
Jadi, kenapa janin boleh berhenti bergerak? Ada beberapa jawapan terhadap persoalan tadi. Dia mungkin sedang tidur, tubuhnya sudah membesar sehingga rahim ibu tidak menyediakan cukup ruang untuknya bergerak,  kemungkinan dia kekurangan oksigen, atau dia tiada tenaga kerana tidak mendapat nutrisi yang cukup dari si ibu.

Berikut langkah-langkah yang boleh ibu hamil lakukan untuk memancing Si Kecil bergerak:
§ -->Cubalah membuat suara sedang bergaduh. Ibu boleh membuka muzik kasar atau membesarkan volum tv  untuk melihat apakah ada respons gerakan dari si kecil.
§  -->Minum sesuatu yang sangat sejuk. Air yang sejuk boleh mengubah suhu di dalam tubuh si ibu dan Si Kecil mungkin boleh merasakan perubahan tersebut. Hal ini boleh membuatnya bergerak untuk mencari bahagian dalam tubuh ibu yang bersuhu selesa untuk si kecil.
§  -->Ketika tubuh si ibu terus bergerak, Si Kecil mungkin merasa seperti diayun dan dibuai sehingga membuatnya berterusan tertidur. Cuba berhenti menggerakkan sekejap, karena hal ini mungkin boleh membuatkan sikecil terbangun daripada tidur lenanya.
§  -->Mengambil sesuatu yang manis boleh memancingnya untuk bergerak.
§  -->Cuba gerakkan diri si ibu pada kedudukan yang boleh membuat tubuh si ibu tidak selesa. Hal ini mungkin boleh membuatkan Si Kecil menggeliatkan tubuhnya karena turut merasakan ketidaknyamanan itu.
§  -->Berbaringlah pada sisi kiri tubuh ibu. Posisi ini akan melancarkan perjalanan darah, yang mana hal ini dapat memandu janin menjadi lebih aktif bergerak.
Jika ibu mulai merasakan adanya gerakan dari dalam perutmu setelah mempraktikkan langkah di atas, kemungkinan keadaan janin adalah  ‘OK’ sahaja. Namun, ibu perlu terus memerhati gerakannya agar dapat menghindari perkara yang tidak diinginkan menimpa Buah Hati si ibu.
.
Apabila si ibu masih tidak merasakan janin bergerak setelah memberikan langkah di aats atau jika selama beberapa hari dia tidak bergerak setidaknya sebanyak sepuluh kali dalam waktu dua jam, segera berjumpa dengan doktor untuk memeriksa kandungan ibu.
Doktor akan memeriksa keadaan si janin seperti memantau detak jantungnya, atau memeriksa jumlah cairan air ketuban yang mengelilinginya, serta mengukur ukuran tubuhnya. Jika semuanya dalam keadaan normal, ibu boleh pulang namun harus lebih waspada dengan keadaan ini.

Pantau secara terus menerus gerakan janin dengan membuat catatan pergerakan janin harian. Catatan yang mudah dan banyak digunakan adalah waktu yang diperlukan untuk 10 gerakan. Misalnya, pada minggu ke-30 hari Isnin, janin bergerak sebanyak 10 kali dari pukul 10:00 – 10:50 ( Total: 50 Menit ). Lakukan hal yang sama pada hari-hari berikutnya. Jika ibu kembali tidak merasakan pergerakan atau gerakan janin kian berkurang setiap hari, segera berjumpa lagi dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut..

No comments:

Post a Comment