UMAMA MALAYSIA HQ: Pertambahan Berat Badan Semasa Hamil
SELAMAT DATANG KE UMAMA MALAYSIA.. Dapatkan UMAMA Plus & UMAMA Premium Gold Sekarang!!! Hubungi/Whatsup 011-10823458 @ 011-22241448 Untuk HARGA PROMOSI..

Friday, 14 July 2017

Pertambahan Berat Badan Semasa Hamil

Salah satu perubahan yang dialami oleh ibu hamil adalah pertambahan berat badan. Pertambahan berat badan ini diperlukan untuk memastikan perkembangan janin yang normal dalam rahim si ibu. Kenaikan berat badan pada setiap ibu hamil adalah tidak sama. Hal ini tergantung kepada BMI seseorang dan berat badan sebelum hamil. BMI diperolehi dari pembagian berat badan dalam satuan kilogram dengan tinggi si ibu.
.
Berikut perkiraan kenaikan berat badan ibu hamil yang normal menurut BMI:
.
-->BMI di bawah 18.5 (berat badan di bawah normal), maka kamu disarankan untuk menaikkan berat sekitar 12.7 – 18.1 kg.
-->BMI sekitar 18,5–22,9 (berat badan normal), maka kamu disarankan untuk menaikkan berat
sekitar 11.3 – 15.9 kg.
-->BMI di atas sekitar 23 (kelebihan berat badan), maka kamu disarankan untuk menaikkan berat sekitar 6.8 – 11.3 kg.
-->BMI di atas 25 (obesiti), maka kamu disarankan untuk menaikkan berat sekitar 5.0 – 9.1 kg.
Kenaikan berat badan pada trimester pertama berkisar antara 0.5 – 2 kg. Setelah itu, berat badan ibu akan bertambah tiap minggunya pada trimester kedua dan ketiga sekitar 0.4 – 0.59 kg (untuk berat badan di bawah normal), 0.36 – 0.45 kg (untuk berat badan normal), 0.23 – 0.32 kg (untuk berat badan berlebih), dan 0.18 – 0.27 kg (untuk berat badan obesiti).
.
Jadi, di mana perginya setiap kenaikan berat badan ibu hamil itu. Berikut merupakan perkiraan anggaran setiap kenaikan berat badan ibu hamil:
-->Bayi: 3–3.6 kg.
-->Plasenta: 0.7 kg.
-->Air ketuban: 1 kg.
-->Payudara: 1 kg.
-->Rahim: 1 kg.
-->Peningkatan kuantiti darah: 1.4–1.8 kg.
-->Peningkatan uantiti cecair badan: .1.4–1.8 kg.
-->Lemak yang dicadangkan: 2.7–3.6 kg.
.
Tips Menaikkan Berat Badan normal
.
Mungkin ibu hamil pernah mendengar ayat, “Ibu hamil  perlu makan dengan kuantiti 2 kali banyak karena sedang berbadan dua”. Namun, anggapan tersebut tidak benar. Di saat hamil, ibu hamil memang memerlukan pertambahan kalori yang lebih banyak, namun tidak bermakna segala-galanya perlu berlebihan dua kali.
.
Nah, ikuti cara di bawah ini untuk memperoleh kenaikan berat badan secara tepat:
.
-->Makanlah dalam kuantiti sedikit namun kerap mengambil makanan. Contohnya, kamu boleh mengisi perut 5–6 kali dalam sehari.
-->Ketika mengambil makanan seperti telur, bijirin, atau kentang rebus, kamu boleh menambah susu lembu/kambing tanpa lemak ke dalamnya.
-->Tambahkan kekacang ketika kamu mengambil buah, roti, atau biskut.
-->Selalu sedia makanan ringan seperti cracker, buah kering, kacang, aiskrim atau yogurt.
-->Ibu2 juga disarankan untuk menambah mentega atau keju pada makananmu.
Ibu hamil seharusnya tidak perlu khuatir dengan kenaikan berat badan yang melonjak karena hal itu penting bagi kesihatan bayi. Jika selama hamil pertambahan berat badan ibu hamil kurang, ibu berkemungkinan boleh melahirkan bayi dengan berat badan yang rendah atau lahir pramatang.
.
Namun, ibu hamil juga tidak boleh mengalami kenaikan berat badan secara berlebihan. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko bayi mengalami gangguan kesihatan dan mengalami obesiti di masa kanak-kanak.


No comments:

Post a Comment