UMAMA MALAYSIA HQ: 12 Teknik mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil
SELAMAT DATANG KE UMAMA MALAYSIA.. Dapatkan UMAMA Plus & UMAMA Premium Gold Sekarang!!! Hubungi/Whatsup 011-10823458 @ 011-22241448 Untuk HARGA PROMOSI..

Wednesday, 2 August 2017

12 Teknik mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil


























Mabuk hamil atau morning sickness terjadi  biasanya berlaku pada trimester pertama kehamilan.  Ianya berlaku seawal minggu ke-6 dan berakhir pada minggu ke-16 kehamilan. Walaupun dipanggil "morning sickness", tidak semestinya ia terjadi pada waktu pagi sahaja. Terdapat sebahagian ibu-ibu mengandung yang mengalami loya dan mual yang berterusan dari pagi sehingga ke petang atau malam, malah berlarutan sehingga ke saat melahirkan! 
.
Sudah pasti anda sudah mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang membuatkan perut anda memulas. Untuk mengelakkan – atau sekurang-kurangnya meminimumkan – loya, anda juga boleh:
.
•     Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.

•     Makan apa dan bila anda kehendaki, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.
•     Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.

•     Tulis dalam diari bila anda berasa lebih teruk dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.

•     Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.

•    Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

•    Hidu buah lemon. Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air berkarbonat.

•     Minum teh halia. Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.

•   Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut. Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.

•  Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

•   Cuba terapi semula jadi. Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.


•    Beritahu seseorang. Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda. Anda juga boleh berbual dengan ibu-ibu lain yang dalam tahap kehamilan yang sama dengan anda dalam forum Kehamilan kami.



Apakah suplimen yang sesuai untuk ibu menyusu @ hamil??
.
Ambillah  suplimen yang mengandungi kalsium tinggi untuk kesihatan tulang & gigi, asid folic untuk keperluan kesihatan rahim, pertumbuhan sel-sel baru janin, multivitamin untuk kesihatan ibu serta bina sel darah merah bagi mengelakkan kekurangan sel darah merah.Segala khasiat ini terkandung didalam UMAMA Plus. Buang segala mitos yang menyatakan bahawa ibu2 yang mengambil suplimen semasa hamil akan menyebabkan bayi besar semasa lahir. Bayi lahir besar amat terkait rapat dengan faktor keturunan, pertambahan berat ibu yang mendadak kerana tidak mengawal pemakanan semasa hamil serta ibu-ibu penghidap diabetis. Suplimen ini perlu di ambil oleh ibu2 sepanjang hayat mereka walaupun tidak lagi hamil @menyusu untuk mengekalkan kesihatan ibu-ibu. 

So, apa lagi..ibu-ibu hamil dan menyusu, jangan lupa amalkan pengambilan suplimen ya! Sekarang pun dah ada banyak suplimen untuk ibu menyusu dan hamil yang dijual di pasaran. Selain itu, amalkan juga UMAMA Plus , suplimen yang terbukti banyak khasiatnya kepada ibu dan bayi.

Berminat untuk jana pendapatan sebagai Agen UMAMA Malaysia?? ataupun untuk dapatkan produk UMAMA ? Hubungi admin UMAMA Malaysia segera 011-10823458 @ 011-22241448!

No comments:

Post a Comment