UMAMA MALAYSIA HQ: Tips Menjaga Kandungan Semasa Hamil
SELAMAT DATANG KE UMAMA MALAYSIA.. Dapatkan UMAMA Plus & UMAMA Premium Gold Sekarang!!! Hubungi/Whatsup 011-10823458 @ 011-22241448 Untuk HARGA PROMOSI..

Monday, 23 October 2017

Tips Menjaga Kandungan Semasa Hamil





























Anak adalah anugerah ALLAH SWT yang tidak ternilai kepada kedua ibubapa. Senyuman, tawa dan tangisan mereka mewarnai lagi bumi Tuhan ini. Kelahiran cahaya mata sebersih kain putih ini menandakan bermulanya tanggungjawab ibu bapa untuk membina watak, mengasah minda, mencetus akal dan membina pakai perlindungan kanak-kanak. Namun demikian, pembentukan minda dan tubuh yang sihat bermula dari alam rahim seseorang yang bakal bergelar  'ibu' 'mama' 'umi' 'emak' dan pelbagai panggilan lain yang sama ertinya untuk org yang melahirkan insan bergelar manusia.
.
Saya terpanggil untuk bercerita mengenai kesihatan semasa hamil kerana saya rasa segala-galanya bermula di sini iaitu alam rahim. Jika seseorang ibu itu gagal untuk memastikan diri dan bayinya dalam keadaan sihat, sudah tentu bila lahirnya ke dunia akan menimbulkan pelbagai permasalahan kesihatan dan kekurangan untuk bayi dan juga ibu itu sendiri.

Sejak saya mula-mula mengandungkan anak pertama saya, emak saya selalu mengingatkan saya agar menjaga pemakanan semasa hamil dan mengambil vitamin tambahan yang telah diberi oleh klinik kesihatan seperti asid folik,vitamin  B kompleks, Vitamin C dan Zat besi. Saya memang mengamalkan segala yang telah dinasihati oleh emak saya sebab saya percaya dia lebih banyak makan garam berbanding saya. Sudah tentu dia lebih arif tentang kehamilan. Apakan tidak, dia telah melahirkan 9 orang anak yang juga merupakan adik beradik saya tanpa mengalami sebarang komplikasi semasa mengandung. Tambahan pula, emak saya seorang yang berkerjaya. Walaupun sekarang umurnya sudah mencecah 50 tahun, tapi dia masih kelihatan muda,jelita dan kuat. Senyum tawa masih mengiringi setiap percakapannya dan tingkah lakunya.
.
Kadang-kadang saya cukup merasa sedih sebab dikalangan kawan-kawan malah saudara saya yang masih berfikiran ortodoks .Mereka seolah-olah tidak menghiraukan bayi didalam kandungan yang lebih memerlukan perhatian rapi kerana akan mempengaruhi tahap kesihatannya apabila besar nanti. Sampai ada yang tidak menghiraukan pengambilan 'supliment' yang dibekalkan oleh klinik kesihatan hanya kerana takut 'anak besar'. Rasa nak tergelak pun ada, sedih pun ada. Kenapa perlu risau anak besar? Sepatutnya risaukanlah tentang keadaan  si dia di dalam perut tu...malah kesihatan mereka. Sepatutnya mereka perlu merasa gembira jika anak mereka besar. Ini menunjukkan anak mereka sihat dan mereka cukup makanannya semasa didalam perut.Kajian juga telah membuktikan anak besar banyak dipengaruhi oleh faktor genetik. 
.
Di bawah ni, saya ingin menerangkan peri pentingnya makanan tambahan atau 'suppliment' yang telah dibekalkan oleh klinik kesihatan Malaysia:
.
Asid Folik - amat penting untuk pembentukan sel-sel bayi. Jika kekurangan asid folik boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan kepada bayi tersebut kerana sel-sel tidak dapat membahagi dengan sempurna akibat kekurangan makan tambahan ini. Ini bermaksud anak anda tidak berkembang mengikut tahap pembesarannya. Selain itu, ia penting untuk perkembangan otak bayi. Asid folik juga terdapat di dalam susu yang disediakan khas untuk ibu hamil seperti UMAMA Plus.
.
Zat Besi(Iron) -Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripada paru-paru ke tisu yang memerlukan. Iron akan bergabung dengan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembentukan hemoglobin. Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron boleh menyebabkan beberapa masalah kehamilan seperti mudah letih,mudah mendapat penyakit, mudah tercungap-cungap apabila berjalan,pucat dan lesu,pening, tahap yang teruk:mudah pitam atau keguguran.
.
Vitamin C - ialah antioksidan yang diperlukan sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal dan untuk gusi yang sihat. Tetapi semasa hamil, vitamin C amat diperlukan untuk meningkatkan penyerapan zat besi dan asid folik oleh tisu-tisu badan bayi. Semasa kita hamil, kita adalah dilarang untuk minum teh atau sebarang minuman berbentuk ' cafein' kerana ia akan mengurangkan tindakbalas Vitamin C seterunya mengurangkan tahap penyerapan Asid folik dan Zat besi.
.
Vitamin B Kompleks- penting untuk penggunaan karbohidrat, lemak dan protein. Ia membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung kembali normal. Setiap sel badan kita memerlukan vitamin ini bagi membolehkan badan kita bekerja kerana ia akan berfungsi sebagai pembekal tenaga.Kekurangannya boleh menyebabkan kulit kering,daya tahan tubuh berkurangan, keletihan, lemah badan, hilang selera makan, gangguan tidur, sembelit dan gangguan mental serta emosi.
.
Kalsium -  Metabolisme kalsium berlaku setiap hari untuk memastikan struktur tulang dalam badan kita adalah terpelihara. Kekurangan kalsium yang kronik boleh mengakibatkan osteoporosis, satu keadaan yang mana tulang menjadi poros dan lemah. Risiko osteoporosis dalam wanita adalah 3 hingga 4 kali lebih tinggi berbanding lelaki. Ini mungkin adalah kerana struktur tulang wanita yang secara amnya lebih kecil diikuti kehamilan, kelahiran anak dan penyusuan bayi , di mana kesemuanya boleh mengakibatkan kehilangan kalsium yang banyak. Kalsium secara amnya boleh diperolehi dalam susu.Namun demikian, ia juga boleh diperolehi daripada sayuran hijau, keju,yogurt, dan kekacang.( kawan-kawan pernah bercerita juga, makan ikan bilis semasa mengandung juga dapat menguatkan tulang. Tetapi saya tetap berkeyakinan bahawa susu merupakan sumber utama untuk memperolehi kalsium)
.
Karbohidrat – Membekalkan tenaga kepada  tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalani segala aktiviti fizikal .Di samping itu,ia membantu mengekalkan suhu badan melalui pengoksidaan karbohidrat dalam proses respirasi. Kekurangannya akan menyebabkan tubuh badan menjadi lemah kerana kekurangan tenaga.Contoh makanan yang membekalkan karbohidrat ialah roti, nasi, ubi kentang, pisang, gula dan ubi kayu.
.
Protein - Digunakan untuk membaiki tisu badan yang rosak dan membina sel baru untuk pertumbuhan tubuh badan. Ia juga untuk penghasilan bahan kimia seperti enzim dan hormon .Protein juga digunakan untuk membekalkan tenaga apabila diperlukan dan pembentukan tulang serta otot .Kekurangannya akan menyebabkan tumbesaran terbantut dan penyakit kwasyiorkor. Sumber protein boleh diperolehi daripada ikan, soya, daging dan telur.
.
Buah-buahan dan sayur-sayuran- penting untuk mengelak dari masalah sembelit sewaktu tempoh  hamil kerana ia kaya dengan serat . Selain dari itu,  buah-buahan juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kulit. Namun begitu, sewaktu di awal kehamilan, elekkan dari mengambil buah-buahan seperti buah nenas bagi mengelakkan masalah keguguran kerana ia dikatakan tajam sehingga boleh mengganggu  sistem rahim.
.
Air - diperlukan dalam tubuh badan manusia sebanyak 70% air. Seseorang memerlukan kira– kira 2 liter atau 6 gelas air sehari tetapi semasa mengandung, kita memerlukan lebih 6 gelas air kerana proses perpeluhan lebih banyak berlaku akibat daripada proses perubahan hormon. Kepentingan air ialah ia dapat membantu proses pencernaan makanan, mengangkut makanan yang tercerna dan oksigen, mengangkut hasil perkumuhan seperti urea dan karbon dioksida, mengawal kepekatan darah dan mengawal suhu badan. Kesan ketara kekurangan air ialah sembelit dan peruses pencernaan terganggu.
.
Apakah suplimen yang sesuai untuk ibu menyusu @ hamil??
.
Ambillah  suplimen yang mengandungi kalsium tinggi untuk kesihatan tulang & gigi, asid folic untuk keperluan kesihatan rahim, pertumbuhan sel-sel baru janin, multivitamin untuk kesihatan ibu serta bina sel darah merah bagi mengelakkan kekurangan sel darah merah.Segala khasiat ini terkandung didalam UMAMA Plus. Buang segala mitos yang menyatakan bahawa ibu2 yang mengambil suplimen semasa hamil akan menyebabkan bayi besar semasa lahir. Bayi lahir besar amat terkait rapat dengan faktor keturunan, pertambahan berat ibu yang mendadak kerana tidak mengawal pemakanan semasa hamil serta ibu-ibu penghidap diabetis. Suplimen ini perlu di ambil oleh ibu2 sepanjang hayat mereka walaupun tidak lagi hamil @menyusu untuk mengekalkan kesihatan ibu-ibu.
.
So, apa lagi..ibu-ibu hamil dan menyusu, jangan lupa amalkan pengambilan suplimen ya! Sekarang pun dah ada banyak suplimen untuk ibu menyusu dan hamil yang dijual di pasaran. Selain itu, amalkan juga UMAMA Plus , suplimen yang terbukti banyak khasiatnya kepada ibu dan bayi.
.

Berminat untuk jana pendapatan sebagai Agen UMAMA Malaysia?? ataupun untuk dapatkan produk UMAMA ? Hubungi admin UMAMA Malaysia segera 011-10823458 @ 011-22241448!

No comments:

Post a Comment