UMAMA MALAYSIA HQ: Simpul Biawak @ kejang kaki semasa hamil
SELAMAT DATANG KE UMAMA MALAYSIA.. Dapatkan UMAMA Plus & UMAMA Premium Gold Sekarang!!! Hubungi/Whatsup 011-10823458 @ 011-22241448 Untuk HARGA PROMOSI..

Wednesday, 7 March 2018

Simpul Biawak @ kejang kaki semasa hamil






























Mengapa saya mengalami kekejangan kaki pada waktu malam?
Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui. 


Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda. 



Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil: 

  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini?

Mujurlah kejang kaki adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku: 
  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.


Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan?
Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Namun begitu, tidak pasti samada mengambil suplimen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan. 


Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak: 


  • Senaman regangan kaki. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.



Bagaimana kalau kesakitan itu berlarutan?

Ada satu lagi masalah yang jarang berlaku, yang turut menyebabkan sakit kaki, tetapi bukan kekejangan otot. Ini berlaku apabila darah terkumpul pada salur darah di bahagian kaki (venous thrombombolisme). Walaupun ia jarang berlaku, masalah ini adalah serius dan memerlukan rawatan segera. Jumpalah doktor jika: 
  • kesakitan pada kaki anda tidak surut-surut, dan nyata sekali ia bukannya kekejangan yang berlaku sekali-sekala;
  •  betis anda membengkak.


Apakah suplimen yang sesuai untuk ibu menyusu @ hamil??
.
Ambillah  suplimen yang mengandungi kalsium tinggi untuk kesihatan tulang & gigi, asid folic untuk keperluan kesihatan rahim, pertumbuhan sel-sel baru janin, multivitamin untuk kesihatan ibu serta bina sel darah merah bagi mengelakkan kekurangan sel darah merah.Segala khasiat ini terkandung didalam UMAMA Plus. Buang segala mitos yang menyatakan bahawa ibu2 yang mengambil suplimen semasa hamil akan menyebabkan bayi besar semasa lahir. Bayi lahir besar amat terkait rapat dengan faktor keturunan, pertambahan berat ibu yang mendadak kerana tidak mengawal pemakanan semasa hamil serta ibu-ibu penghidap diabetis. Suplimen ini perlu di ambil oleh ibu2 sepanjang hayat mereka walaupun tidak lagi hamil @menyusu untuk mengekalkan kesihatan ibu-ibu.

So, apa lagi..ibu-ibu hamil dan menyusu, jangan lupa amalkan pengambilan suplimen ya! Sekarang pun dah ada banyak suplimen untuk ibu menyusu dan hamil yang dijual di pasaran. Selain itu, amalkan juga UMAMA Plus , suplimen yang terbukti banyak khasiatnya kepada ibu dan bayi.


Berminat untuk jana pendapatan sebagai Agen UMAMA Malaysia?? ataupun untuk dapatkan produk UMAMA ? Hubungi admin UMAMA Malaysia segera 011-10823458 @ 011-22241448!








No comments:

Post a Comment