UMAMA MALAYSIA HQ: WANITA ITU ISTIMEWA
SELAMAT DATANG KE UMAMA MALAYSIA.. Dapatkan UMAMA Plus & UMAMA Premium Gold Sekarang!!! Hubungi/Whatsup 011-10823458 @ 011-22241448 Untuk HARGA PROMOSI..

Monday, 12 March 2018

WANITA ITU ISTIMEWA





























  • Dalam sejarah ketenteraan islam, wanita turut terlibat sama-sama ada sebagai pembawa air, tentera sukarelawan dan merawat tentera islam yang tercedera.
  • Sebelum perang Tabuk, tatkala tentera islam tidak mempunyai wang yang mencukupi, muslimah madinah mengumpulkan barang kemas mereka sehingga menjadi satu timbunan yang banyak, lalu memberinya kepada Rasullallah. Muslimin mula memandang mereka sebagai teman seperjuangan.
  • Dalam peperangan lain, mereka pernah berjalan dicelah-celah barisan para pejuang untuk memberi minuman. Ummu Aiman berjuang untuk melindungi Rasullallah sehingga terkorban dalam Perang Uhud.
  • Dalam Perang Yamuk, tatkala tentera islam kekurangan tenaga (4 tentera Rom lawan 1 tentera islam), kaum wanita menyertai peperangan untuk membantu tentera islam.
  • Wanita islam juga pernah mengangkat tentera muslimin yang tercedera keluar dari medan pertempuran. Wanita islam bernama Rufaidah mendirikan khemah besar di belakang garis pertempuran untuk merawat mereka.

No comments:

Post a Comment